About Me

My Photo
Kiki Lala
This is all about my life. I'm sorry if i make a stupid mistake but as everyone know. No body is perfect. so i'll always try to learn from mistake :)
View my complete profile
Please leave your comments and do follow my blog. Thank you so much for read my entry :)

Wednesday, April 13, 2011

love and hate


Kali ni saya menaip dalam bahasa MALAYSIA sahaja la. Ada orang kata saya poyo bila taip dalam BI.
Takpelah. asalkan dia bahagia. Nahh. baca ni dalam malay. ;)


Dalam hidup ni ada beberapa yang dibenci dan disukai orang .
Now , saya ingin list kan apa yang disukai / dibenci oleh PEREMPUAN.




Macam biasa , kita mulakan dengan suka dahulu :D


Suka kena puji

Perempuan mempunyai hati yang halus dan sensitif. Mereka lebih suka dipuji. Apabila dipuji , mereka akan lebih selesa dengan orang yang didekati mereka.

Suka Bershopping

Perempuan juga sangat suka membeli belah. Kadang2 mereka bukan membeli belah untuk keperluan mereka sahaja , tetapi untuk orang yang mereka sayang. Jadi , jangan protes perempuan ni suka boros. sebab tak semestinya mereka boros untuk diri sendiri saje . okay ? :)

Mengeluarkan air mata

Jangan salah sangka perempuan cuma mengeluarkan air mata kerana mengada2. Mereka bukan saja mengeluarkan air mata kerana sedih, tetapi waktu geram , marah , terkilan , gelak dan terharu.

Cemburu

Ramai lelaki fikir , perempuan ni suka cemburu tak tentu pasal. aipp. bukan okey. Mereka cemburu kerana ingin mempertahankan harga diri dan kepentingan peribadi.

Suka melihat cermin

Saya pun tak tahu kenapa perempuan memang suka sangat2 melihat cermin. Mungkin sebab ingin menjaga penampilan diri untuk boyfie kot? :D

Membaca / menonton berkaitan cinta

Yang ini bukan semua perempuan suka. Perempuan yang suka bab cinta ni perempuan yang romantik. Bagi perempuan yang aktif dan lasak , mereka lebih suka membaca/ menonton aksi.

Jual Mahal

Haa ! Ini perlu ada bagi setiap perempuan. Sebab kalau senang dapat , senang la kena tinggal kan? Kepada para lelaki , jangan berfikir mereka tidak berminat ! Usaha la lebih siket. ;)

Keluarga yang pertama

Keluarga aset paling berharga bagi setiap individu. Bagi perempuan pula , keluarga tetap akan menjadi paling pertama dalam hatinya. Jadi jangan sesekali menyuruh mereka memilih.




Sudah Faham yang diatas? Okey ! mari kita lihat. Perkara yang tidak suka / dibenci oleh perempuan.




Jerawat

Woahh. Percayalah. Jerawat merupakan musuh utama dalam hidup mereka. Jangan sesekali anda menegur tentang jerawat mereka. Tak pasal2 anda free2 kena maki. :P

Arahan yang melampau

Perempuan sangat2 tidak suka apabila kerelaan bertukar kepada terpaksa kerana disuruh membuat kerja yang berlebihan.

Dituduh tanpa usul periksa

Siapala dalam dunia ni yang suka dituduh? Make sure apabila anda "sabitkan kesalahan" pada mereka , anda mempunyai bukti yang sangat kukuh, Jangan ikut sedap mulut je kan.

Salah erti kebaikannya

Perempuan bukan bersifat "player" okey bila mereka melayan jejaka lain. Tetapi mereka ingin berkawan dan tiada niat yang lain. Jangan suka menuduh mereka "player".

Tidak suka perkatan HOT

Ada sesetengah dari anda memanggil perempuan tu HOT kerana mereka mempunyai ramai kawan dan tidak ingin berkawan dengan anda. Fikir dulu, kenapa mereka tidak ingin rapat dengan anda?

Mengungkit

Pada saya , ini perkara paling bengong sekali. Mengungkit. apa yang nak diungkitkan? biarlah apa yang berlaku. Jangan terlalu ungkit sampai perempuan rimas untuk mendekati anda.

Suka Mengambil kesempatan

Ada sesetengah lelaki yang suka mengambil kesempatan pada perempuan. Suka mengarut2. lebih senang. mereka bersifat kurang ajar. tidak menghormati perempuan.( bukan semua lelaki )

Penipu

Rasa2 nya semua orang pun tak suka kena tipu kan? Jadi , sila jangan tipu mereka. Kerana lama-kelamaan perasaan suka mungkin bertukar benci. Hati2 ! :)






Jelas kan? Apa yang saya list kan ni. TAK semestinya ada pada setiap perempuan. Ia bergantung kepada sifat individu. Jadi , maaf sekiranya ada perkataan yang membuat anda terasa. Selamat membaca ! :D




2 comments:

Shasha Ella said...

Tip's yang cute honey. I think i fall in love with this entry (=

Kiki Lala said...

hahha. Thanks :)