About Me

My Photo
Kiki Lala
This is all about my life. I'm sorry if i make a stupid mistake but as everyone know. No body is perfect. so i'll always try to learn from mistake :)
View my complete profile
Please leave your comments and do follow my blog. Thank you so much for read my entry :)

Sunday, May 8, 2011

Insomnia + takut !




Doh ! Sapa yang suka insomnia. Siyes saya sedang mengalami masalah tidur ! Sangat merimaskan bila jadi. Mungkin habit , mungkin penyakit? arghhh. Sakit jiwa ! Bila siang asyik mengantuk je gara-gara tak tidur malam. Ibu kata saya terlalu banyak fikir. Macam mana tak fikir ni. Saya seorang PENAKOT. Dan sekarang saya sedang melawan perasaan takut tuu. Kenapa tak boleh tidur? Mungkin ada sebab2 yang tertentuu.


Apa maksud insomnia eh?

- Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur. Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina,kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya. -
(di copy dan paste dari wikipedia )

Jenis insomnia

1 . Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".

2. Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk bertidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.

3. Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus; ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.


Macam mana pulak cara nak atasi insomnia ni? Saya search. Maaf , kali ni tak dapat buat ayat sendiri. Copy ayat orang la. Sebab saya pun tengah bingung nak buat macam mana ni. Kelas start awal pagi. tapi dah pukul 3 pun still tak boleh nak tidur. so ? macam mana?

1 . Lakukan hal-hal rutin sebelum waktu tidur seperti minum susu hangat, berjalan-jalan sebentar sebelum tidur atau mandi air hangat.

2. Lakukan beberapa tehnik relaksasi seperti relaksasi otot atau meditasi

3. Terdapat ubat yang dijual khas diFarmasi

4. Hiasilah bilik anda senyaman mungkin. Jangan terlalu semak atau bersepah.

5. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum tidur.

6 . Cubalah untuk tetap mengamalkan rutin anda. Tidur dan bangunlah pada waktu yang sama setiap hari. Tidak kira sama ada anda penat atau tidak.

7. Hindari minum teh atau kopi sebelum tidur. Anda boleh menggantinya dengan segelas susu panas.

8. Jika anda tetap tidak boleh tidur, jangan hanya berbaring dan memikirkan kenapa, bangunlah dan lakukan perkara perkara yang rileks seperti membaca ataupun menonton tv.



Ini je yang saya dapat share dengan anda. Mari kita sama2 try buat seperti yang di atas, berkesan atau tak? :D
sekian...
tq :)

P/s : penat tak dapat cuti dua bulan :((



0 comments: